Allianze University College of Medical Sciences (AUCMS) kini bertapak teguh di utara kota London dengan perasmian pejabat ACMS Trent Park Limited oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada Jumaat.
ACMS
Trent Park Limited yang pada diwujudkan 31 Jan 2013 dengan modal
berbayar 100,000 pound sterling adalah syarikat yang diwujudkan bagi
menguruskan kampus AUCMS London selain menguruskan pembelian bangunan
yang kini menjadi kampus kolej universiti itu.
Menurut
siaran media AUCMS hari ini, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin
Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul
Shahreen Akashah Khalil turut berangkat ke majlis perasmian pejabat ACMS
Trent Park di London.
Sebelum
menjadi kampus AUCMS London, kira-kira 20 bangunan yang terletak di
kawasan seluas 21 hektar itu digunakan oleh Middlesex Polytechnic
sebelum dinaik taraf sebagai Middlesex University dalam tahun 1992.
Universiti
itu kemudiannya berpindah ke kampus baharunya di Hendon dalam tahun
2012 dan hartanah bernilai kira-kira 50 juta pound sterling itu dibeli
oleh ACMS Trent Park pada Julai 2013.
Pada
Julai tahun ini, ACMS Trent Park mengambil alih Trent Park Campus di
bahagian Utara London daripada Middlesex University, yang merupakan
kampus luar pesisir pertama untuk AUCMS yang beribu pejabat di Kepala
Batas, Pulau Pinang.
Sementara
itu Presiden AUCMS Prof Datuk Dr Zainudin Wazir berkata, dalam tempoh
terdekat pihaknya merancang untuk melaksanakan program MD-AUCMS di
kampus AUCMS London bagi membolehkan para pelajar perubatannya mendapat
pendedahan dan pengalaman di luar negara.
Melalui
program itu, para pelajar tahun pertama dan dua akan menjalani
pengajian praklinikal selama empat bulan manakala pengajian klinikal
untuk pelajar tahun tiga hingga lima selama dua bulan di kampus London
itu.
Dr
Zainuddin juga berkata, perancangan masa depannya ialah untuk
menawarkan program-program United Kingdom pada peringkat sarjana muda
dan sarjana khususnya dalam jurusan Kewangan Islam, perubatan, pergigian
dan pengurusan perniagaan.
Selain
itu program penyelidikan dan pembangunan serta perkhidmatan akan turut
dilaksanakan supaya para graduannya kelak mudah mendapat pekerjaan dalam
pasaran global.
Turut
hadir pada majlis perasmian itu ialah isteri Abdullah, Tun Jeanne
Abdullah dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom Datuk Seri
Zakaria Sulong.
Read more
Read more
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment